Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Anwar: Amat mengejutkan M’sia rugi RM277b akibat rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Amat mengejutkan M’sia rugi RM277b akibat rasuah

May 07, 2024 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa negara itu mengalami kerugian sejumlah RM277 bilion ($79.13 bilion) akibat rasuah dalam tempoh 2018 hingga 2023, adalah sesuatu yang amat mengejutkan.


“Kita tidak seharusnya memandang ringan isu rasuah.

“Masalah rasuah telah meningkat kepada satu angka yang mengejutkan dan telah melebihi berbilion-bilion,” kata Datuk Anwar dalam ucapannya ketika melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya pada 7 Mei, lapor The Star.


Datuk Anwar juga mengimbau amaran mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein, terhadap rasuah yang meresap ke dalam negara pada 1961 dan 1962 telah tidak diendahkan.

Beliau berkata kerugian berbilion ringgit negara akibat rasuah sepatutnya boleh digunakan untuk menangani isu pembangunan yang mendesak, terutama dalam pembasmian kemiskinan.

“Bayangkan pembasmian kemiskinan, menangani sekolah dan hospital usang, memperjuangkan kesejahteraan rakyat, petani dan nelayan.

“Hampir semua ini boleh diselesaikan sekiranya negara terselamat daripada kerakusan mereka yang berkuasa sama ada ahli politik, penjawat awam mahupun swasta,” katanya.

Datuk Anwar juga mengakui undang-undang yang tegas dan tekad politik yang kuat menjadi senjata utama dalam memerangi jenayah rasuah.

“Bencana rasuah tidak boleh dipandang ringan. Untuk memeranginya, selain SPRM, agensi penguatkuasaan utama lain juga harus memainkan peranan bersama-sama dalam agenda perangi rasuah... berdedikasi dan berani dan undang-undang yang kuat.

“Secara lebih mendalam, agenda memerangi rasuah memerlukan tekad politik yang kuat,” ujarnya.

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam ucapan alu-aluannya berkata RM277 bilion telah hilang akibat rasuah antara 2018 dan 2023.

Beliau berkata kerugian itu adalah berdasarkan perkiraan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dari 2018 hingga 2023.

Kata beliau, RM277 bilion itu adalah angka yang terlalu besar dan seharusnya diselamatkan dan digunakan untuk membantu rakyat dan meningkat infrastruktur awam seperti membaiki sekolah dan hospital.

“Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional yang dilancarkan ini perlu memberi impak dan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi bagi mengenal pasti bidang yang terdedah kepada risiko terkini rasuah dalam negara.

“Antaranya adalah melalui dapatan penyelidikan sektor yang cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran serta tatakelola yang telah dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah pada 2023,” katanya.

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dalam Persepsi Rasuah (CPI) dengan empat mata pada ranking 2023 daripada 61 kepada 57 daripada 180 negara.

Negara itu juga meningkatkan skornya daripada 47 kepada 50, mendedahkan trend menurun sejak 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >