Bayangkan cerita rakyat dari Riau, Bawang Putih Bawang Merah, dikembalikan dalam dunia baru yang meneroka erti keberanian, menentang norma masyarakat yang mencabar serta suratan takdir yang tidak dijangka.
Kisah cinta antara dua darjat, pemuda miskin dan gadis kaya, pula dipapar dalam bentuk hitam putih dengan iringan persembahan muzik elektronik dan sajian wayang kulit penuh sejarah.