Sejujurnya, penulis jarang sekali mendengar lagu genre hip-hop, tidak kira dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.
Tapi, meremang pula apabila mendengar korus lagu, Perlu, sajian terbaru daripada Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii, kerana ia menampilkan emosi si penyanyi agar jangan ditinggalkan kerana masih memerlukan sesuatu (daripada segi sistem sokongan).