Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tesla buang lebih ramai staf bahagian sofwe, khidmat

May 07, 2024 | 03:03 PM



BENGALURU (India): Pembuat kenderaan elektrik (EV) Tesla telah menghentikan kakitangan daripada jabatan sofwe, perkhidmatan dan kejuruteraan, menurut penerbitan teknologi Electrek pada 6 Mei.


Langkah itu dibuat selepas pembuat kereta yang diketuai Encik Elon Musk itu membubarkan jabatan pengecasan EV-nya berikutan pengumuman Tesla pada April bahawa ia bakal mengurangkan tenaga kerja globalnya lebih 10 peratus.

Pekerja menerima e-mel hujung minggu lalu sebagai sebahagian daripada pemberhentian kerja lebih luas, menurut laporan Electrek.


Syarikat itu mendedahkan pada April bahawa ia akan memberhentikan lebih 6,700 pekerja di seluruh lokasinya di Texas, California, Nevada dan New York.

Tesla menghadapi tekanan akibat kemerosotan jualan dan perang harga yang semakin sengit dalam kalangan pembuat kereta kerana kadar faedah tinggi telah memperlahankan penggunaan kenderaan elektrik.


Syarikat itu ingin menumpukan pada sofwe kenderaan autonomi, robotaxi, dan robot humanoid Optimusnya. Encik Musk mungkin bakal mengurangkan perbelanjaannya bagi pasukan tertentu untuk mengekalkan dana bagi projek tersebut, kata penganalisis.


Tesla mendedahkan pada April bahawa ia menjangka menanggung kos lebih AS$350 juta ($472.9 juta) pada suku kedua akibat pemberhentian besar-besaran itu.

Pemotongan kerja itu juga termasuk beberapa eksekutif mengundur diri, seperti Encik Drew Baglino, Encik Rohan Patel, Cik Rebecca Tinucci dan Encik Daniel Ho.

Syarikat itu berkata pada April ia sedang mengusahakan “model baru” yang akan menggunakan platform terkini dan barisan pengeluarannya – satu langkah yang dijangka mengawal perbelanjaan modal dengan lebih baik – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >