Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Replika maya Orchard Road dicipta bagi pikat pembeli muda

May 06, 2024 | 07:40 PM



Urusan jual-beli tidak lagi serancak dulu, dan bilangan pengunjung pula kian berkurangan di kawasan beli-belah utama Singapura di Orchard Road.

Namun, sebuah syarikat pemula teknologi tempatan berharap ia dapat melakarkan cara baru yang membantu peruncit di kawasan itu menarik minat pengunjung lebih muda.

Firma tersebut, Alteredverse, bekerjasama dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk mencipta replika maya bagi sebahagian kawasan pusat beli-belah Orchard Road.

Sebagai permulaan, model maya itu akan menggambarkan replika pusat beli-belah, kedai dan hotel merangkumi kawasan sekitar satu kilometer dari Wheelock Place hingga ke The Centrepoint, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alteredverse, Encik Alvin Yap, kepada The Straits Times (ST) dalam satu temu bual.


Pada masa ini, pembeli sering meneliti secara dalam talian sebelum membuat pembelian. Oleh itu, model maya tersebut, yang menyasarkan mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun, bertujuan membantu mereka dalam keputusan pembelian.

“Kita mempunyai generasi baru pembeli dan pemain. Terdapat sekitar 500 juta pemain aktif bagi permainan dalam talian seperti Roblox dan Fortnite.

“Kami menyediakan visual, menambah e-dagang dan keupayaan beli-belah, dan pada masa sama, melibatkan generasi ini, menjadikannya satu pengalaman amat berbeza daripada beli-belah secara tradisional,” jelas Encik Yap.

Projek tersebut dijangka dimulakan dengan pemberian bukan tunai, seperti baucar atau penginapan bilik terhad percuma daripada peruncit dan hotel yang mengambil bahagian untuk menarik pengguna ke bangunan fizikal mereka.

Encik Yap berkata bahawa model maya tersebut disediakan di rangkaian blockchain HeLa dan boleh diakses secara dalam talian, dan melalui telefon bimbit.

Beliau jangka projek tersebut mengambil masa sekitar setahun untuk matang, dan berharap dapat menarik antara 10,000 hingga 30,000 pengguna untuk mencuba model maya itu menjelang akhir 2024.

“Kami telah menguji dan bercakap dengan orang ramai, dan mendapati peruncit dan pusat beli-belah lebih tertarik ke arah ini,” kata Encik Yap.

Walaupun pekerja telah kembali ke pejabat dan membantu meningkatkan jualan bagi peruncit dalam perniagaan pakaian fesyen dan gaya hidup, inflasi yang masih tinggi, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang meningkat, dan keadaan pasaran pekerjaan tidak menentu, menyebabkan ramai mengurangkan perbelanjaan.

Jualan runcit di sini bertambah baik pada Mac untuk tiga bulan berturut-turut. Namun, penganalisis menyatakan ia disebabkan oleh beberapa konsert mewah yang diadakan di Singapura pada suku pertama 2024.

Bekas pengarah eksekutif di Persatuan Peruncit Singapura (SRA) dan penasihat kepada projek tersebut, Cik Rose Tong, berkata wadah maya Orchard Road itu boleh ditawarkan kepada peruncit sebagai khidmat yang melangkaui e-dagang, contohnya, sebagai tempat acara maya seperti pelancaran produk, pertunjukan fesyen atau demonstrasi interaktif, yang dapat menjimat kos niaga dan menambah jualan.

“Ia juga akan memberi maklumat ringkas kepada pengguna dalam talian mengenai landskap peruncitan di Singapura, sejarahnya dan juga mitos di sebalik bangunan di Orchard Road untuk memperkaya (pengalaman) pelawat dan pengguna,” tambah Cik Tong.

SLA, yang akan menyediakan ITE dan Alteredverse imej jalan dan imej dari udara dengan resolusi tinggi bagi kawasan Orchard Road yang disasarkan dalam projek tersebut untuk dipetakan, berkata daya usaha tersebut selaras dengan Pelan Induk Geospatial Singapura diperbaharui (2024-2033) yang diumumkan awal 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >