Dalam memelihara budaya dan warisan Nusantara, pengasas Studio Gypsied, Cik Nur Aqilah Zailan, telah memilih fesyen sebagai wadah untuk memperkayakan identiti jati diri.
Dikenali sebagai jenama ‘slow fashion’ ataupun pendekatan beretika dan mampan dalam menghasilkan pakaian, 50 peratus daripada koleksi Studio Gypsied menggunakan model pratempahan yang menggalak pembelian bijak dan mengurangkan pembaziran fesyen, selaras dengan prinsip fesyen mampan.