Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pelaburan jam tangan mewah didapati langgar kontrak $2.5j

May 07, 2024 | 04:38 PM



Sebuah syarikat yang diasaskan oleh pakar jam tangan Singapura, Encik Dominic Khoo, yang mengendali sebuah skim pelaburan jam tangan mewah, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana melanggar kewajipan kontrak kepada lima pelabur dari Hong Kong.

Hakim Teh Hwee Hwee mengarahkan The WatchFund memenuhi kewajipan kontraknya dengan membeli semula jam tangan mewah tersebut pada harga $2.5 juta yang ditawarkannya kepada pelabur.

The WatchFund, yang berdaftar di Hong Kong, menggunakan wang daripada pelabur untuk membeli jam tangan mewah yang kemudiannya disimpan oleh pelabur.

Perjanjian dengan lima pelabur itu menyatakan syarikat itu akan membeli semula jam tangan tersebut dalam setahun, untuk dijual kepada pembeli lain pada harga menguntungkan, lapor The Straits Times.


Encik Ben Wong, Dr Edmund Liew, Encik Gary Wong, Encik Wong Nga Kok dan syarikat kewangan MCA menyaman The WatchFund dan Encik Khoo pada 2021 selepas The WatchFund membatalkan tawarannya untuk membeli semula 15 jam tangan mewah yang dibeli oleh pelabur tersebut.

MCA juga menyaman bagi pihak pelabur keenam, Cik Yung Choi Ha, dan telah memenangi ganti rugi nominal daripada The WatchFund.

Dalam penghakiman bertulis pada 30 April, Mahkamah Tinggi mendapati The WatchFund bersalah melanggar kontrak tersebut.

Bagaimanapun, ia menolak tuntutan plaintif bagi kesalahan salah nyata yang dikatakan dilakukan syarikat itu dalam kontrak tersebut.

Dalam saman tersebut, kesemua plaintif mendakwa Encik Khoo telah berkata jam tangan tersebut dibeli pada harga kurang 50 peratus daripada harga runcit yang disyorkan, sedangkan nilai jam tangan tersebut sebenarnya lebih rendah daripada jumlah wang yang mereka laburkan.

Hakim Teh menolak hujah plaintif bahawa Encik Khoo, pengarah dan pemegang saham tunggal The WatchFund, harus bertanggungjawab secara peribadi atas pelanggaran kontrak itu.

Encik Khoo, seorang bekas jurugambar profesional, telah menjalani latihan bersama syarikat pelelong jam tangan terkemuka, Antiquorum.

Beliau memulakan skim pelaburan WatchFund pada 2013.

Beliau juga dikaitkan dengan satu lagi syarikat berdaftar di Singapura, yang juga dinamakan The WatchFund, yang tidak terlibat dalam kes tersebut.

Kededua syarikat itu memperoleh bayaran pelaburan apabila perjanjian ditandatangani, dan bayaran penjualan apabila jam tangan mewah itu dibeli semula.

Perjanjian pelaburan dengan syarikat Hong Kong dalam saman itu dibuat antara 2018 dengan 2019.

Kesemua plaintif itu telah membeli sejumlah 15 jam tangan mewah, termasuk Girard-Perregaux pada harga HK$1.56 juta ($269,000) dan Hautlence Moebius pada harga HK$1.46 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >