Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

OIC kecam genosid di Gaza, gesa sekatan terhadap Israel

May 06, 2024 | 01:55 PM



BANJUL (Gambia): Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam “pembunuhan beramai-ramai” di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.


Pertubuhan itu menyeru para anggotanya agar mengenakan “sekatan ke atas Israel dan menghentikan eksport senjata dan peluru yang digunakan oleh tenteranya untuk melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza”.

Resolusi itu turut menyeru para anggotanya “supaya melaksanakan tekanan diplomatik, politik dan undang-undang serta mengambil sebarang langkah pencegahan untuk menghentikan jenayah pendudukan penjajah Israel, dan peperangan terhadap rakyat Palestin”.

Ia juga menggesa “gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat”.

OIC, yang ditubuhkan pada 1969 selepas pembakaran masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis, bertujuan untuk meningkatkan perpaduan umat Islam, menyokong perjuangan Palestin dan mempertahankan tapak suci umat Islam.

Pada November 2023, OIC yang mengadakan sidang puncak bersama Liga Arab di Riyadh, Arab Saudi, mengutuk tindakan tentera Israel di Gaza, tetapi mengelak daripada menetapkan langkah ekonomi dan politik untuk menghukum Israel.

Tetapi pada Disember 2023, OIC mengalu-alukan tindakan yang diajukan oleh Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di mana ia menuduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26 Januari memerintahkan Israel supaya mengambil semua langkah dalam bidang kuasanya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, dalam keputusan yang sangat dinanti-nantikan selepas Afrika Selatan menuduh Israel melakukan genosid di wilayah terkepung itu.

ICJ berkata Israel mesti memastikan tenteranya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan. Ia juga memerintahkan Israel mengambil langkah untuk berhenti mengapi-apikan genosid secara terang-terangan dalam peperangan di Gaza.

Sidang kemuncak OIC ke-15, yang bermula pada 4 Mei, memberi tumpuan kepada ibu kota Mesir, Kahirah – lokasi berlangsungnya mesyuarat mengenai cadangan gencatan senjata, yang dikaitkan dengan pembebasan tebusan di Gaza.

Mesyuarat gencatan senjata pada hujung minggu itu dikatakan tidak mencapai sebarang kemajuan konkrit.

Hamas dilaporkan menghantar wakil dalam mesyuarat gencatan senjata yang diperantarakan oleh Mesir dan Qatar itu.

Hanya segelintir pemimpin Afrika menghadiri sidang kemuncak OIC itu dengan kebanyakan pemimpin 57 negara anggota menghantar wakil.

Perang Gaza meletus berikutan serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang mengakibatkan kematian sekitar 1,200 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Bertekad untuk memusnahkan Hamas, serangan balas dan berterusan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas itu.

Serangan dan kepungan Israel itu juga menyebabkan Gaza kini dilanda masalah kebuluran. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >