TITI MURNI MONIR
Hamparan warna-warni pelangi berselang pelbagai rona hijau di padang rumput yang mendatar di musim bunga. Terbentang luas saujana mata memandang, bunga dan rumput beralun menari, dipuput bayu senja. Kelibat anak-anak Bilguun yang bermain di luar disembunyi tarian alam namun derai tawa mereka tetap sayup-sayup kedengaran bersama gonggongan anjing keluarga apabila ditempiar angin petang.